Intan Hias Karpet Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang terkenal di Perak. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1991.
Sebelum terlupa, kami berbesar hati ingin mengucap ribuan terima kasih kerana hadiri laman sesawang kami pada kali ini.
Kami merupakan 'Pakar Hiasan Dalaman'. Pelbagai hiasan dalaman yang kami sediakan kepada anda, diantaranya karpet, langsir, kertas dinding (wallpaper), bidai (blinds).
Syarikat ini juga mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada pihak swasta mahupun pihak kerajaan.
Syarikat ini telah menjadi pembekal tetap kepada sesetengah sektor kerajaan seperti Pejabat Agama Islam Perak, Pejabat-pejabat Daerah Perak, Pejabat Menteri Besar, Sekolah-sekolah dan sebagainya.
Permaidani kelengkapan penyeri kediaman
Hamparan permaidani (Carpet) menjadi elemen hiasan dalaman yang tidak kurang penting, selain perabot, lampu hiasan dan cat dinding.
Kehalusan seni serta kecorakkan yang ada pada setiap permaidani itu sendiri mampu membangkitkan seri setiap ruang kediaman. Dalam menunjukkkan kelainan dan menampilkan dekorasi terbaik dalam perhiasan kediaman, kami menawarkan pelbagai koleksi permaidani yang menarik dan unik untuk penambahbaikan dalam menyerikan kediaman anda.